Tentang Mudhof Mudhofun ilaih yg mudah n lengkap

Saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan mudhof mudhofun ilaihi yang saya petik daripada kitab Jami' Ad- Durus Al-Arabiyah, karya Syeikh Mustofa Al-Gholayani terbitan Darul Fikir, Amman Jordan.

Dalam kitab beliau, beliau ada membahagikan mudhof kepada 4 jenis.

اللاميّة - kepunyaan atau pengkhususan. (اللام)

كِتَابُ التِلمِيذ
- kitab pelajar itu.

Asal kepada mudhof ini ialah كِتَابُ للتلميذ (Kitab kepunyaan pelajar itu)

البيانيّة - daripada (من)

بَابُ خَشْبٍ - pintu kayu

Asal kepada mudhof ini ialah بابُ من خَشْبٍ (Pintu daripada kayu)

Dikatakan juga:

جنس الباب هو الخشب (jenis pintu itu adalah kayu)

الباب بعض من الخشب
(pintu itu sebahagian dari kayu)

الخشب بيَّن جنس الباب ( Kayu itu telah menjelaskan jenis pintu itu)

هذا البابُ حشبٌ (Pintu ini adalah kayu)

الظَّرْفِيًّةُ - keadaan (في)

سَهَارُ الليلِ - pejalan malam (asal: السهار في الليل, Zorof Zaman)

التشبيهية - menyerupakan (كَ)

لُؤْلُؤُ الدمْعِ - air mata mutiara

_________________________________________________
Saya berharap agar ianya membantu dalam mengenal mengenal pasti mudhof agar tidak berlaku kekeliruan. Menjadi kelaziman untuk kita memahami bahawa mudhof hanya tertakluk kepada 'kepunyaan' atau 'belonging', sedangkan banyak lagi kegunaan mudhof mudhofun ilaihi 
______________________________________________________
Saya ingin menambah lagi beberapa bahagian berkaitan mudhof mudhofun ilahi. Secara asasnya, bab idhofah boleh dibahagikan kepada dua lagi iaitu Idhofah Ma’nawiyah dan Idhofah Lafziah.

Sekadar sepintas lalu, Idhofah Ma’nawiyah merujuk kepada idhofah yang selalu dipakai ataupun merujuk kepada keempat-empat jenis huruf idhofah di atas iaitu من, ل, في, ك .

Manakala untuk Idhofah Lafziah, ia merujuk kepada idhofah yang selain daripadanya. Dalam kitab Jami’ Ad-Durus, pengarang menyatakan bahawa tujuan idhofah jenis ini adalah untuk التخفيف في اللفظ, iaitu sebagai keringanan dalam lafaz atau secara tepatnya “to enlighten the style”
___________________________________________________
Syarat untuk menjadi idhofah lafziah ialah, mudhofnya mesti menjadi isim fa’il, isim maf’ul atau sifat. Namun, jika diikutkan idhofah lafziah secara tepatnya lebih kepada sifat (mudhof) dan mausuf (mudhofun ilaih)

Isim fa’il : طَالِبُ عِلْمٍ
Isim Maf’ul : مهضومُ الحقِّ
Sifat: حَسَنُ الخُلُقِ (asalnya ialah حَسَنٌ خُلْقُهُ)

Contoh lain:
أعرف صديقاً راجحَ العقلِ، مرموقَ المكانةِ، كريمَ الطبعِ

أعرف صديقاً راجحاً عقلُه، مرموقةً مكانتُه، كريماً طبعُه
Aku mengenali seorang teman yang kuat mindanya, hebat kedudukannya, mulia akhlaknya. 
_______________________________________________________________________
Kesimpulannya, idhofah lafziah digunakan bila mana kita mahu mengidhofahkan:

1. Isim Fa’il + maf’ulun bih
2. Isim Maf’ul + maf’ulun bih
3. Sifat + Mausuf

Rujukan

Mu'jam Qawaid Al-Arabiyah Al-Alamiyah, Antoine Dahdah, Maktabah Lubnan, Lubnan (Page 185)
Jami' Ad- Durus Al-Arabiyah, Syeikh Mustofa Al-Gholayani, Darul Fikir, Amman Jordan (Page 465)

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

About

Blogger templates

Blogroll